Tuesday, October 5, 2010

bahasa ibunda

Semalam kami 4 sekawan pulun berhabis tenaga menyiapkan tuntutan akademik masing2. Apa yang menarik dgn tugasan ini ialah perbantangan dalam bahasa Melayu. Lama rasanya tak berkomunikasi secara formal dlm bahasa Melayu. Lagi menyeronokkan bila tugasan ni memerlukan kami utk menonjolkan segala kehebatan kami dalam mengeluarkan ucapan yang bernas..

Dalam masing2 sibuk meng-google (sumber ilmu xformal yang mudah) info2 yg boleh diselitkan dalam teks, aku terlalu 1 blog yg ada koleksi pantun2 melayu.. Ralit ja bila baca pantun2 tu. Makin diteliti, makin didalami, ada 1 perasaan dlm diri>> aku jatuh cinta pada bahasa ibundaku! huhu..

aku pon mula mengasah bakat terendam utk berpantun. kias ayat, lembut tutur... YES!! aku berjaya berlawan pantun dgn kwn2 blik aku.. menarik bila skil lama terbiar, akhirnya terbuka kembali.. Back to the point, aku sedar bahasa Melayu ada estatika bahasa yg jauh lebih tinggi nilainya dr bahasa penjajah. Indah titipan kata, susunan maknanya, menarik sebutannya. Semuanya membuat aku kagum dgn pengangkat bahasa ibunda...

p/s:: koya je lebih ckp mcm org hebat berpena. aku masih mengenali bahasa sendiri =)

Sunday, October 3, 2010

a little heaven of mine

Ehem2.. Clear the throat... Welcoming note to all.. Ok, sy nk cuba berpantun.

melati kuntum tumbuh melata,
sayang merbah diphon cemara,
Assalamualaikum mulanya kata,
Saya sembah pembuka bicara.

Blog ni sebenarnya didedikasikan khas utk mengasah skil komunikasi aku, selain berkongsi sedikit sebanyak apa yang aku lalui, rasa, nampak, dengar, fikir, teringat, faham, dan mcm2 lagi. Rasanya xperlu la aku introduce diri aku di awal2 ni, InsyaAllah, intepretasi anda akan lebih jujur dalam menilai siapa diri aku ni sebenarnya.

Satu lagi, andai kata ada apa2, mana2 yang salah, sila lah tegur.. tinggal kan komen anda. =) insyaAllah, akan dibalas..